: Interface for digital communication
Posted bypenghulu on Wednesday, December 24 @ 23:52:45 MYT
Contributed by penghulu
Northjohor Ham Community akan mengadakan satu bengkel Interface for digital communication. Acara ini adalah sebagai penutup tirai bagi tahun 2008. Menurut 9W2PCK peserta yang ingin bermalam boleh membawa khemah atau camping bed, kerana di clubhouse Segamat Ham Community bilik mandi dan tandas telah sedia ada.
Kepada yang berminat harapa segera menghubungi 9W2PCK tarikh akhir adalah pada 26 Disember ini.
Tempat adalah terhad untuk 30 orang sahaja, oleh itu siapa yang daftar awal akan didahulukan (first come first served).
Menurut 9W2PCK lagi, sedikit bayaran mungkin akan dipungut dari peserta bagi menampung kos minuman dan makanan ringan yang mungkin disediakan, ataupun berkemungkinan minuman dan makanan tidak akan disediakan disebabkan kesibukan urusetia menyiapkan hal-hal yang lebih penting bagi menjayakan bengkel ini.
Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan yang telah dipersetujui iaiatu pada:
Tarikh: 27 Disember 2008 (Sabtu) Waktu: 1930hrs Tempat: clubhouse Segamat Ham Community (Lapangan terbang kecil, Segamat)
Login
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.