| |
9W2LOO kehilangan anak yang disayangi
Posted by9w2nos on Thursday, April 26 @ 19:49:27 MYT
Contributed by 9w2nos
Edit ke-3 (27 April 07 jam 1110)
Berikutan dengan mesej dari SHC mengenai pembedahan pemindahan hati yang dijalani oleh anak 9W2LOO, Lo Yoke Peng 10 tahun, pihak SHC menerima berita bahawa anak beliau telah meninggal dunia tengahari tadi (26 April 2007)
Warga SHC dan HAM Segamat mengucapkan takziah kepada 9W2LOO dan keluarga atas kehilangan anak yang disayangi, mudah-mudahan tabah dan sabar didalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.Kami telah mendapatkan gambar terakhir mendiang Lo Yoke Peng yang ditempatkan di wad 8D Hospital Selayang.
 Lebih kurang jam 2030 malam tadi meja SHC dimaklumkan jenazah mendiang anak 9W2LOO iaitu Lo Yoke Peng akan di bawa ke kuil di Jalan Muar, Segamat. Jenazah dijangka tiba lebih kurang jam 2300.
Mendiang Lo Yoke Peng telah menghantar foto terakhirnya kepada bapanya 9W2LOO yang hanya disedari oleh bapanya setelum pembedahan pemindahan hati berjaya dilaksanakan.
Namun kegembiraan berakhir dengan berita yang mengejutkan semua pihak dimana berlaku komplikasi yang membuatkan otak mendiang tidak berfungsi dan bergantung kepada mesin hayat sehinggalah pada pagi 26 April 2007 pihak Hospital Selayang mengistiharkan Lo Yoke Peng tidak dapat diselamatkan lagi.
73
|
|
| |
 |
Login |
 |
|
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
|
 |
 |
Article Rating |
 |
|
Average Score: 5 Votes: 2

|
|
|
 |
|
Associated Topics
 |
|
|